Friday, 19 August 2011

Salam 19 ramadhan…



Selamat berpuasa semua. Rasanya masih tak terlambat lagi nak wish happy fasting. Sudah sangat lame tidak mengupdate aku punya blog ni… sorry ya, aku sekarang agak busy sedikit sebagai student nurse…
Oke. Sekarang memang aktiviti harian aku memang agak busy tambah – tambah di bulan RAMADHAN ini. Tapi, itu bukan alasan untuk aku tidak membuat apa – apa kerja. Dah nak masuk 2 bulan aku kat sini, semuanya oke – oke je walaupun agak banyak jugak la masalah yang datang.
Masa awal –awal dulu kul 7 pagi dah ready nak pakai kasut pergi kelas dah..sekarang kul 7. 30 pagi baru siap – siap nak pergi. Hahahha….Pukul 8 class start, aku cam biasa la awal – awal dah menguap dah.. tersenggul – sengguk dalam kelas masa Puan tengah lecture. balik rehat sejam pun, aku sempat lagi tidur kat bilik. Masuk kelas pukul 2 petang pun aku still mengantuk lagi.. balik kelas kul 5 petang pun aku sambung tido lagi kat bilik..hihihi.. aku pun tak tahu la nak jadi apa dengan aku ni. Asyik mengantuk je sepanjang hari… dah pelbagai treatment dah aku dah buat tapi, still sama gak.. mmmm … sebelah malam lak sibuk wat note. Tapi sampai sekarang tak ciap – ciap pun lagi… gitu la hidup aku hari – hati kat sini..
Actually, aku suka life sebagai seorang student, walaupun penat dengan kelas , asigment dan kerja – kerja sampingan aku really enjoy. Sem ni, aku kene struggle sangat sebab sem ni banyak subjek – subjek yang killer…. Aku pun tak tahu macam mana la nasib aku sem ni .. hope aku akan lulus dengan cemerlang dan dapat maintainkan aku punya result. Amin . dan satu lagi perubahan yang ketara pada aku adalah .. now, aku sangat kuat makan ,, melampau - lampau makan. hahhahaha..

ni antara ragam kteorg as a student NURSE :)










SEKIAN, TERIMA KASEH .

Tuesday, 19 July 2011

ROOMATE :)

Salamz J

Here, sebilik hanya 2 orang jew.. L tak brape nak suka la coz sikit sangat….. huhuhu.. at least 3 orang 1 bilik pun oke la…. Roomate aku ni orang kedah. Firstime aku rapat ngan orang kedah. Before, aku kawan gitu – gitu jew ngan orang kedah. Berbalik kepada roommate aku tadi, aku panggil dia kak nurul. Nama penuh dia NURUL SUHAIDA BINTI MUSTAPA yang berumur dot dot dot
 ( sorry tidak dapat dinyatakan di sini ). Bagi aku kak nurul sangat sensitive orangnye. Tapi  xtau la pendapat orang lain kan ? Mase sem 1 dulu kami selalu bersama. Lam class pun duk dekat – dekat. Time praktikal kat hospital pun satu WARD and satu syift. Aku sangat hormat dia sebagai kakak. Tak pernah terlintas pun kat hati aku ni nak menyakiti hati dia tau. Apa pun ama sayang akak. 
LUV u  !


ni tyme kat jusco.. :) yang tengah2 tu jin debab a.k.a dayah


ni plak mase lepak kat japanse garden

kami wit baju korporat class kami :)

Saturday, 2 July 2011

BYE BYE IPOH

Finally, bertarikh 1 JULAI 2011 berpukul 6.30 petang kami berpindah ke kolej baru kami di KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU ULU KINTA, PERAK. BYE BYE KOLEJ KEJURURAWATAN IPOH…. Aku akan sentiasa merindui mu, merindui IPOH PARADE, GREENTOWN MALL … arrgghhh.. kat kskb dah tak der itu semua…. L
Malam tu..perrgghh gile penat aku doe packing2 barang… punya la banyak barang2 aku… apa nak jadi la 
dengan ko ni ama..hahahaha


Ni la sume – sume aku punya barang

Esoknya, petang baru kami gerak ke kskb… mak aiiihhh, tunggu bus bukan main lama lagi.. maklumlah senior dulu gerak. Group kteorg last sekali.. tapi takpe, tak kesah pun yang penting sampai kan ? petang tu hanya ALLAH yang tahu betapa terseksanya aku mengangkat barang2 aku.. BERAT sangat…… tangan ni abes semua saket-saket.

Walaupun penat menunggu, tetap memberikan senyuman yang special !


Suasana moving 

WELCOME TO KSKB..

Wahhhh, besarnya kolej ni. Itulah perkataan pertama yang terkeluar dari mulut aku sesampainya aku disini. Tepat pukul 7.30 malam kami selamat sampai kat sini. ALHAMDULILLAH , AMIN … sejam duk melangok lam bus… turun je bus aku terus pergi office untuk daftar nama a.k.a check in lam bilik.. wahh, sangat hepi bila aku kekal sebilik dengan kak nurul.. hik3333… ( : . Kami duk tingkat 3. Then, bermula la episod duka bila tak henti – henti turun naik tangga mengangkut barang…… aduuussss! Nak patah ase semua tulang – tulang yang ada dekat tangan aku ni.. AMAT LETIH!!!!!!!!!!

Dah semua selesai angkat barang masuk ke bilik, air pulak takde… saket atey doe.. penat – penat air lak tak de… kecian betulla kat kteorg……

Apa – apa pun im hepi here.. bilik yang amat memuaskan hatey aku ! weeeeeeeee ~ ( : <3


View from my room


My new bed J

apa yang penting, kita mestila kena senyum jew walau apa pun yang terjadi ( :

Tuesday, 28 June 2011

resultku oh resultku.. yeah!

salamz korang sume.... :)


result ???? cuak gila la kan bila dengar perkataan ni..walaupun aku dah tahu masa cuti semester bahawasanya aku punya exam lulus, tapi pointer still aku tak tahu. so, bila semalam PUAN MELATI baru bagi kitaorang tengok kitaorang punya pointer wah happy tak terkata la aku...tapi berdebar gila-gila la kan... Pagi semalam tepat pukul 11 pagi aku and da geng punya la bersemengat pergi ke bilik PUAN. Sesampainya kat sana aku terus amek paper result yang PUAN bagi. Apalagi aku terus selak helaian paper yang terakhir maklumlah aku punya nama last sekali walaupun ejaan depan nama bermula dengan huruf N ( menumpang lah katakan kat kolej tu..hehehe ). peerrrrgghhh, terkejut badak aku dibuatnya bila dah tengok result.... tak sangkanya.. ALHAMDULILLAH.  THANKS GOD... aku bersyukur kepadamu.... aku telah berjaya...!! amin, amin, amin..

TAHNIAH untuk dak2 class aku BASIK 1/2011... kamoo berjaya dengan cemerlang ! aku sangat bangga dengan korang semua..... balik je dari office puan aku terus call ayah aku. ayah aku cam biasa cakap teruskan usaha, jangan main - main. Then, aku call ma. Ma punya la happy. First sekali ma cakap plezz la delete akaun FB..wah..dasyat tu..tapi buat sementara ni aku just deactive je dulu.. sorry ma.. org yang ketiga aku cakap ialah dia. aku mesej dia cakap terima kaseh banyak-banyak coz selalu bagi aku semangat yang berkobar-kobar... hehehe..thanks awk...walaupun kita dah tak bersama tapi saya still anggap awk kawan saya lagi.. thanks lagi sekali awak..... saya da tunaikan janji saya, saya dah dapatkan apa yang awak nak. saya dah buktikan yang saya boleh.... dulu awak janji lau saya dapat apa yang awk nak, awk nak bagi saya novel.. tp xtau la skng kan ? coz kita pun dah tak ada apa-apa dah......

apa - apa pun thanks ma, abh , adik beradik aku, kawan - kawan aku , dia dan sape - sape yang berkaitan dengan aku....... lebiu u all.. :)))

Sunday, 26 June 2011

deACTIVEkan akaun FB

salamz...

wahhh, kali ni tindakan aku betul - betul nekad deactivekan aku punye akaun facebook. Gila la .. sebelum pantang aku buat benda ni.. tak de maknenya nak deactive akaun fb coz aku sayang sangat - sangat kat fb.. kat situla aku leh menenangkan jiwa aku yang kusut masai ni.... huhhu.... tapi kali ni apa nak jadi, jadi la... yang aku tau aku dah bosan dengan facebook... ni semua gara - gara masalah yang datang bertimpa - timpa menerjah aku... biul otak aku jadinya... masuk hari ni dah 2 hari aku deactivekan akaun fb aku. tapi aku tak rasa apa - apa pun..dulu pantang ada masa terluang sikit terus lappy aku ni meronta meminta buka facebook.. hahahha sengal kan ?? ntah apa - apa aku ni.. sekarang dengan handfone pun aku dah bosan. aku dah tak mesej dengan siapa -siapa dah. ntahla . tiba - tiba sekarang ni semuanya aku rasa bosan.. nasib blog ni aku tak rasa bosan. : ) mmm. nanti bila dah tiba masanya aku akan activekan balik aku punye akaun facebook.. yeah!

Wednesday, 22 June 2011

ampang puteri again !

hyee tawan2..
hari ini sekali lagi aku ke AMPANG PUTERI as a peneman bukan as a student.... pagi-pagi lagi kakak ( ija ) aku dah kejutkan aku untuk pergi ke ampang puteri for her skin treatment. aku dah cuak dah. Hati aku mula dah bercakap - cakap.." ampang puteri ?? oh no! "......bila ke ampang puteri mengingatkan aku pada kenangan-kenangan masa lalu.......ESPECIALLY DIA.....  antara kenangan yang bertalu-talu singgah di otak aku adalah :-

DIA.......
Di situla bermulanya satu perhubungan yang cukup indah sekali bagi aku sepanjang aku hidup ini. DIA mengajar aku erti CINTA , KASIH SAYANG , PERSAHABATAN and semua-semua lah... TERIMA KASEH AWAK!! Tetapi bukan lagi hari ini. DIA sudah jauh pergi meninggalkan aku.. ( tak betul kejap aku dibuatnya bila dia pergi ). walau apa pun yang terjadi aku still sayangkan dia.. :(

CASE STUDY
uiiihhh, bila teringat balik aku punya case study..perrgghh gila aku dibuatnya.. mana taknya case study dah macam anak yang kena dijaga, dibelai, dimanja..... BODOH, LEMBAP,MALAS and semua yang berkaitan dengannya semua aku dapat....DR P lah punya pasal..dia yang bagi aku semua gelaran tu... tak pasal-pasal banyak air mata aku tumpah...masa tu punya la geram gila batak kat DR tu..tapi, sekarang aku amat berterima kaseh kat DR tu.. kerana dia la aku tau sal ECG .. hahaha..thanks DR.. :) ... alhamdulillah case study aku masa tu pun LULUS.. amin..


FRIENDS
tyme ni frenz aku yang satu posting dengan aku semuanya best-best! really enjoy with them... benda paling aku ingat sekali bila jejak lagi ke AMPANG PUTERI ni adalah CROSS WITH SISTER LAILI.. gila susah kowt nak dapat... masa tu aku  dengan marry amek....nak pengsan rasanya..banyak gila-gila sis tanya soklan. detail sedeatilnya tanya..mmm, lagi satu aku teringat tyme tu syift pagi, boleh plak aku pergi tido dalam surau.. ni semua gara-gara nak ciapkan kes study la ni..lambat aku tido... enjoyyyy sgt kat sini walaupun banyak yang susah sepanjang berada kat ampang puteri ni.. :)


tadi aku terjumpa dengan adeq angkat aku LINDA. Dia dak G38..rindu gila kat dia... lagi sorang aku terjumpa dengan KAWAN sekelas DIA. Nak luruh jantung aku dibuatnya. walaupun tengok classmate dia pun hati aku dah gelabah asyik ingatkan dia.. OMG! ama ama..apa nak jadi la ngan ko ni !...





ni masa aku ngah present my case study... takowt gila kot tyme ni..huhu


ni la frenz yang 1 posting ngan aku.. :) luv u all very very much <3












Tuesday, 21 June 2011

assalamualaikum wbt

actually, ni blog kedua aku... dulu aku dah pernah buat blog tapi nape ntah rase cam tak besh je dengan blog lagi satu.... ( : so, harapan aku blog ni lebih baik dari blog lagi satu... WELCOME AGAIN humaira ..